Myspace Layouts

Monday, June 14, 2010

Tanggal 14 JUn yang memilukan.........

Semalam merupakan hari yang amat menyedihkan buat ahli keluargaku...nenek aki (atok) kami telah meninggalkan kami buat selamanya...sedih mengenangkan segala jasa-jasanya kepada kami..ketika membaca yasin, satu persatu ingatan terhadapnya terpapar... air mata bercucuran di pipi setiap ahli keluarga... buat pengetahuan semua, sebelum meninggal dunia, nenek aki ku ini telah di masukkan di hospital selama lebih kurang 2 minggu...dan selama 2 minggu itulah kami bergilir-gilir melawat nenek...dan pada hari jumaat tengah hari, nenekku telah dibenarkan keluar dari hospital Tengku Ampuan Rahimah Sabak Bernam...ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tghari..kami menjangkakan bahawa nenekku telah pulih selepas dibenarkan pulang ke rumah..tapi malangnya nenek jatuh demam setelah pulang ke rumah..hal ini berlanjutan selama 4 hari dan hari ke empat jam 7.50 pagi nenekku telah meninggal dunia dengan hanya satu tarikan nafas...segalanya berlaku dengan amat pantas... pemergiannya tanpa diduga kerana pak long ku telah merancang mahu membawanya ke Hospital K.Lumpr utk rawatan lanjut..tetapi tidak kesampaian.....tuhan lebih menyayanginya...

aku turut ke kubur sewaktu pengebumian...jam 2.oo ptg nenekku dikebumikan di kawasan perkuburan belakang masjid ....(sG. Besar)..aku tiba setelah kubur atokku sedang dikambus..aku melihat bapaku, pak long, sepupu serta adikku turut menolong menutup semula kubur..aku turut membaca yasin ketika proses menutup lubang dijalankan...setelah itu, selesai proses mengambus proses membaca talkin dimulakan..saat talkin dibaca..hatiku amat tersentuh..sedih memikirkan ape yang akan terjadi kepada atokku setelah kami melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan..kubur nenekku itu diletakkan berhambpiran dengan kubur arwah ibuku yang telah lama pergi...mengikut perancangan kubur atok ku ini hendak diletakkan bersebelahan dengan kubur arwah ibuku...namun apekan daya...tuhan maha mengetahui...kubur atokku tidak boleh diletakkan bersebelahan kubur ibuku kerana terdapat kubur org lain yang telahpun tenggelam batu nesannya yang dijumpai ketika proses menggali... sebelum balik kami sempat menziarahi kubur arwah ibu yang terletak berdekatan...sedih mahu meninggalkan kubur nenek..............

3 comments:

  1. smoga roh nye d cucuri rahmat..
    takziah tuk family awk..

    ReplyDelete
  2. Hi teman... Saya tumpang simpati. Saya baru sahaja join Blog.. Harap awak memberi sokongan.
    Saya dh jd followers awk nti klu sudi
    jd la followers saya juga yer hehe :D

    SINGGAH LA DI BLOGGER Eddy Rizal PLK YER
    http://eddyrizal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. ok, terima kasih sebab sudi singgah disini.. =)

    ReplyDelete