Myspace Layouts


Friday, June 17, 2011

MUSUH SABAR

Sabar itu dikala orang betah menahan kesusahan yang menimpanya. Jika tidak lagi betah, pasti ada musuh yang ingin melesapkan sifat sabar dalam diri seseorang. Apakah musuh-musuh sabar itu?

1. Tergesa-gesa

Allah berfirman yang bermaksud :
“ Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa”(Surah al-Anbiya 21:37)
Sekiranya apa yang dihajati lamabat ditunaikan, maka lesaplah kesabaran itu. Irulah tabiat semuala jadi manusia. Selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersungguh-sungguh menanam pohon buah tersebut.

2. Putus asa

Allah berfirman yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir “. (Surah Yusuf 12:87)

3. Marah

Islam tidak menyuruh umatnya membasmi perasaan marah secara terus. Marah masih drperlukan disaat tertentu seperti ketika Islam dihina. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tidak bertempat. Mereka hanya marah apabila merasakan kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama digugat.

Jika ketiga-tiga “musuh” sabar di atas masih ada dalam diri kita, maka amat susahlah untuk memupuk sabar. Jauhilah musuh tersebut, insyaallah sabar akan menghampiri kita. Amin…