Myspace Layouts


Wednesday, March 31, 2010

Friday, March 26, 2010

.............mY famIly MembErs............

Saat ini sungguh memboringkan...jadi aku memberanikan diri untuk menulis sedikit sebanyak tentang suku sakat keluarga ku..aku Noralia atau nama pendeknya lia mempunyai 9 orangadik beradik termasuk yang terlatest ni ( MohD aDam HaikaL ). Bapaku seorang petani, bekerja siang dan malam untuk mencari nafkah menyara anak isteri. susah aku nak junmpa bapak ak ni kalo time balik cuti..ader aje kejenye... pegi membaja la, meracun la, potong rumpt la,jadi broker la,kua dengan kawan die la, jarang2 ade kat rumah, melainkan tengah sakit (GOUT). Bapak aku ni kalo dah datang penyakit ni memang tak boleh nak keluar rumah..barulah dapat tgk muka bapak aku ni berehat.. Buat pengetahuan korang, bapak aku ni muda lagi..baru dalam 43..mak aku plak baru dalam 39 kalau tak silap aku la..mak aku dah meninggal dunia mase aku form2 lagi, mak yang sekarng ini mak tiri aku..tapi alhamdulillah, mak tiri sekarang bukan macam mak tiri zaman dulu yang zalim dengan anak tiri..



Berkenaan adik-beradik aku pulak, aku merupakan anak yang sulong.. adik-beradik sebenar aku sebenarnya hanya 6 orang, ditambah lagi dengan 2 anak mak tiri aku, hasil perkahwinannya yang pertama serta yang last sekali adikku yang bernama MoHd aDam Haikal yang merupakan hasil daripada perkahwinan bapakku dengan makku yang terkini pada hujung tahun 2002. ekh.. macamla bapak aku kawen 2,3...huhu..wokeh, kite sambung balik perbincangan kite..aku alia, penuntut di salah sebuah universiti awam di M'sia (UPSI), memegang mohor atau tanggungjawab untuk memberi contoh teladan yang baik buat adik-adikku yang kian membesar. 22/10/2010 ni, umurku akan mencecah 22 tahun. umur yang boleh dikatakan sebagai cukup dewasa. Pelbagai pengalaman telah ku tempuh sebelum ini..suka-duka silih berganti..biasalakan, hidup kita takkan terlepas dari dugaan. Dugaan menjadikan kita lebih dewasa dan lebih berhati-hati dalam membuat suatu keputusan...

Aku pernah bersekolah di sekolah menengah Teknik Teluk Intan..disanalah tempatku membesar menjadi remaja yang pandai berdikari kerana sebelum itu aku tak pernah duduk asrama..suka duka disana disamping kawan-kawan menjadikan aku berasa dihargai..sokongan dari kawan-kawan menjadikan aku lebih kuat mengharungi liku-liku hidup..tidak dinafikan juga, faktor kawan-kawan yang sebulu jugalah yang membolehkan aku memperoleh keputusan yang baik dalam SPM. Kami sanggup bangun same2 pada waktu subuh untuk study..bestnye waktu tu.....rasa macam nak balik semula ke zaman tu..uhuk3 tetapi malangnya dengan keputusan yang agak memberangsangkan itu aku masih tidak boleh menjejakkan kaki ke menara gading. mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku..seterusnya, aku meneruskan langkah dengan memasuki Form6 di sekolah menengah kebangsaan Sungai Besar dengan hati yang sebak..

Alhamdulillah, dengan usaha dan azam yang kuat dan berterusan, aku berjaya memperoleh keputusan yang sangat memberangsangkan.. segalanya adalah berpunca daripada kesedaranku untuk menebus semula segala pengorbanan bapaku. Hal ini adalah rentetan daripada peristiwa yang mana aku telah menghabiskan wang bapaku dengan keluar masuk daripada asrama..pada mulanya aku merasakan duduk di asrama adalah lebih baik daripada duduk dirumah kerana di asrama lebih mudah untuk mengulangkaji pelajaran..walaubbagaimanapun, teori yang kuwujudkan itu berubah setelah aku merasai sendiri kehidupan diasrama yang baru kukenali pada waktu itu..segalanya tidak berjalan seperti yang aku inginkan...akhirnya, hakikatnya aku telah membuat keputusan untuk pulang semula kerumah dan belajar sendiri. Kesilapan yang telah kubuat itu menjadikan aku lebih bertanggungjawab untuk menggenbirakan bapaku..alhamdulillah, dengan berkat doa dan usaha ,,aku berjaya.. aku bersyukur kepada tuhan kerana telah memakbulkan segala doaku...Kau tunjukkanlah aku jalan yang lurus ya allah.....


Seterusnya, berdiri dibawahku adalah adik lelakiku yang bernama Mohd Afzanizam..baru sahaja selesai menamatkan pelajarannya di politeknik Sg.Lang sabak Bernam..ajam ni seorang yang agak pendiam,,sama sepertiku..huhu tapi sekarang dah lain siket la..maklumla, dah dewasa kan...huhu bila bercakap agak sinis..berumur 21 thun,, sementara menunggu result final examnyer, dia pernah bekerja di 7E di Mid valley selama beberapa bulan..matlamatnyer kini adalah untuk melanjutkan pelajaran lagi dan disamping itu, turut mempunyai alternatif lain untuk bekerja dibawah syarikat yang dijangkan akan mendatangkan impak yang baik kepada perjalannan hidupnhya..baru sahaje selesai konvo 29hb april tadi...itulah adikku...

Tingkat ketiga jatuh pada Nor amira binti Roslan..merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Roslan dan Sarimah ( mak bapakku jugak)..sekarang sedang menunggu keputusan ke IPTA.. mendapat 3A 2B 3C dan dot3 dalam SPMnye yg keluar baru2 ni..bekerja sebagai babysitter dirumah menjaga adikku yang paling kecil Mohd Adam Haikal (10 bulan) bersama Nor aniza..dan pada waktu yang sama, di waktu petang pula dia bekerja membantu jiran yang mebuka kedai makan di hulu kampung dengan gaji sebanyak Rm15.00 sehari yang bermula jam 4.oo ptg hingga 10 mlm..kerja-kerja menjaga adik di waktu ptg, akan di take over oleh noraniza dengan bantuan opaH yang duduk disebelah rumah yang mana,jikalau terdapat aktiviti yang tak dapat dielakkan opah akan tolong jagekan adik..mira seeorang yang agak tegas dan berumur 18 thun.



Seterusnya, adalah Fatin Nur shaqira ain...merupakan anak kepada makku hasil perkahwinan pertamanya. menuntut di sMK serendah Rawang..jarang2 sekali pulang kerumah kerana peraturan hostel yang ketat ditambah pula dengan situasinya kini yang berada di tingkatan 5. berumur 17 tahun..


Seterusnya adalah Noraniza dan Mohd Nor Shafawi (Ujang).. mereka ni boleh dikatakn kembar kerana mempunyai umur yang same,,tetapi mempunyai bin yang berbeza..huhu Noraniza adalah adikku yang keempat.. sekarang berada di tingkatan 3..akan menduduki PMR pada tahun ni begitu juga dengan ujang..Ija nila yang akan ambik alih tugas mira jage adik pd waktu ptg sebab dia skolah sesi pg je..seorang yang kemas, tapi lambat btindak,..selalu lambat dapat information..biasanya la kan..kalau kitorg nak ikut bapak ktorg g jalan2 ka apeke..die mesti dapat tau lambat..lawak betul adik aku yang sorang ni.. pernah satu masa dulu..ktorg nak ikut bapak ktorg pegi tengok2 kebun..majoriti dah siap2 dah..yang die plak..kua je dari blik dengan selambernye tanya ktorg,,nak g mane ni??? kitorg pn dengan berangnya apelagi, jawab dgn nada marah lah...orang lain dah bising2, sebok2 besiap die blh relax jek..pastu baru klang kabut nak mandi,,,adeh,,,inilah adikku..macam2 perangai.. Ujang pula, merupakan anak mak ku..bersekolah di sekolah yang sama dengan ija.. tinggal dengan atok, sebabnye dari kecik lagi dia dijaga oleh atok dan neneknya..setelah nenek meninggal dialah yang menjadi peneman atok.. seorang yang keras, nampak tegas, seorang yang suka mengusik, lebih2 lagi kakaknyer atin ..





Noraini merupakan adikku yang kelima.. kini duduk di hostel..seorang yang periang dan agak becok..kalau takde dia kat rumah terasa sunyi..dalam kereta pn same, ade dia kecoh ciket..tapi yang kelakarnya ani ni kadang2 suka cerita perkara yang sama banyak kali..huhu lagi satu habit ani ni adalah suka make up..aku lah yang jd tukang make up dia kalo ade kat rumah..kecik2 lagi dah pandai nak make up2..isk3 aku ni biler la.. itulah die aini yang suka bercerita dan suka melawa..ops lupe lak, sekrang dia berada di tingkatan 1 di SMK sg. Besar.


Kemudian dituruti pula oleh Mohd Amalludin Bin Roslan..berusia 8 tahun..bijak berkata-kata..dan menurut bapakku dia ni terbijak sikit dari yang lain2 sebab kuar ikut operate.. mak aku meninggal selepas melahirkan amal pada jam 11 malam..sedih sangat mase tu..tapi nak buat macamana..tuhan dah takdirkan begitu..tuhan lebih mneyayanginya..kami hanya mampu berdoa supaya mak ditempatkan diantara orang-orang yang beriman...amin..






And the last one in Mohd Adam Haikal Bin Roslan yang kini baru sahaja berusia 10 bulan..seorang yang sehat, dah nak pandai berjalan..kalau dudukkan dalam walker laju jek die kehulu-kehilir..agak kuat makan..dah ada 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah..suka gigit jari orang dan suka bermain..satu habit dia yang dah mula kelihatan sekarng ni adelah, bile dia marah die suka genggam tangan pastu menjerit dengan riak2 muka sekali..hhaha best gler tgk die wat gtu..comel sgt...sekarang palk,,dah pandai pilih2 orang, dia dah mula kenal kakak2 die,,huhu...nak tgk die macamana tak?? teng tedenggggggggggggggggggggggg.......... cak! tgk kat bawah..>>>



Thursday, March 25, 2010

.....kOlEksI GaMBaR UnIK....











Lukisanku....yeker???













Cantikkan lukisan ni? sebenarnye gambar ni diambil dr tag...huhu sesungguhnya, pemandangan yang cantik dapat menyejukkan mata dan mendamaikan hati dan jiwa yg berada dalam kesempitan, kerungsingan, kecelaruan, kekeliruan, kepeningan, keraguan, kepolosan dan ke'kke'ke' ape2 jelah dan yang sewaktu dgnya...

Tuesday, March 23, 2010

Mari kita rEnuNgkan kata -Kata ini Bersama



wanita itu adalah ibarat sebiji epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak. susah dipetik dan sussah juga untuk digapai...
Terkadang, epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya...
Hakikatnya, epal itu terlalu elok sifatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Begitu jugalah wanita-wanita solehah. Hanya pemuda-pemuda sejati yang benar-benar hebat sahaja mampu memperolehnya...
Mungkin bukan didunia, tetapi diakhirat kelak. Biarlah jodoh bukan didunia, asalkan cinta ilahi mengiringi kita. Tidak semestinya wanita itu disunting di taman dunia, tetapi lebih bermakna apabila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayangi-Nya untuk menyunting di taman akhirat kelak....
Jadi.....
Sedarlah bahawa Allah telah menjadikan wanita dalam 1001 keindahan yang tidak dapat dibayangkan.
justeru itu.....
janganlah kita merasa rendah diri apabila rakan-rakan yang seangkatan dengan kita memperoleh teman ... kerana teman bagi kita menunggu duakhirat kelak..sesungguhnya, kurniaan tuhan adalah yang terbaik buat kita.. Tuhan mengetahui apa yang terbaik buat kita..janganlah kita mudah berputus-asa.
Tuhan maha mendengar lagi maha mengetahui...aminnnnn

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanap... semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. wallahua'lam.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
3. A’awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…) - Duduk di pintu
Rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

ha...kita tak sedar bukan?? diharap dengan info ini kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga mulut kita, keinginan kita, pergerakan kita dan tingkah laku kita, supaya setan2 ini tidak akan berjaya menghasut kita melakukan perkara-perkara yang lagha dan dikeji oleh tuhan...secara ringkasnya disini, pertama sekali kita jangan berbelanja mengikut nafsu. Jangan kalah dengan setan yang bernama zalitun ini,kita harus berbelanja mengikut keperluan sahaja..saya pun insyallaah akan cuba mempraktikkannya setiap masa. kedua,jangan lah kita bersangka buruk kepada tuhan, kerana segala apa yang berlaku kepada kita sama ada bencaana mahupun kesedihan, ada hikmah yang terselindung disebaliknya...mungkin tuhan nak uji kita dahulu, kemudian beri kita kesenangan dikemudian hari.. ketiga,jikalau kita menjadi orang yang berkuasa, dekatilah orang bawahan kita. dan sebagainya... =)