Myspace Layouts


Tuesday, March 23, 2010

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
3. A’awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…) - Duduk di pintu
Rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

ha...kita tak sedar bukan?? diharap dengan info ini kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga mulut kita, keinginan kita, pergerakan kita dan tingkah laku kita, supaya setan2 ini tidak akan berjaya menghasut kita melakukan perkara-perkara yang lagha dan dikeji oleh tuhan...secara ringkasnya disini, pertama sekali kita jangan berbelanja mengikut nafsu. Jangan kalah dengan setan yang bernama zalitun ini,kita harus berbelanja mengikut keperluan sahaja..saya pun insyallaah akan cuba mempraktikkannya setiap masa. kedua,jangan lah kita bersangka buruk kepada tuhan, kerana segala apa yang berlaku kepada kita sama ada bencaana mahupun kesedihan, ada hikmah yang terselindung disebaliknya...mungkin tuhan nak uji kita dahulu, kemudian beri kita kesenangan dikemudian hari.. ketiga,jikalau kita menjadi orang yang berkuasa, dekatilah orang bawahan kita. dan sebagainya... =)

No comments:

Post a Comment